Sunday, July 31, 2011

sempena bulan puasa~

assalamualaikum kawan2..sahabat2~

hari ni aku sgt teruja sebab esok puasa~!!alhamdulillah sempat jumpa ramadhan lagi sekali..masuk ni..raya ke-3 bersama my beloved A&E family =) da bape taun xcuti..huhu..tp xpe =) yang penting entri kali ini berkaitan dgn ramadhan kareemm =) setelah lame xupdate,tetbe kali ini ase rajin plak sbb xsabar nk puasa esok ..yeayyy~!!!
saya berdoa semoga puasa kali ini lebih baik dr sebelumnya =) dear gastritis,please stay away from me..sobs3

ok..byk plak aku merepek..sebagai seorang nurse yg beragama islam dan wajib menunaikan solat dan berpuasa,ramai pt dtg hospital..bila nak terima treatment cam ubat,dorg cm takut batal puasa..so,as a nurse sy mestilah berpengetahuan sket sal bab2 ni..so,baru bleh jawab ble pt tanye =) ok.guys..jom tambah ilmu =)


1)  Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut 
ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk 
mengelakkan kemudharatan   yang boleh mengancam nyawa 
maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal 
puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan 
puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan. 


2)  Tiadak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa 
tetapi makruh, begitu juga berbekam. 


3)  Tidak batal puasa orang yang  terpaksa mendapatkan suntikan 
daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurah. 


4)  Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau 
memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan 
melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke 
rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta 
menyebabkan rasa kenyang. 


5)  Tidak batal puasa orang yang memakai  contact lens (kanta 
lekap) pada matanya.  


6)  Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada 
mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu 
terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal 
puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa =)


to be honest : i hate injection!




ok..sekarang sume nurse2 dan pt2 da tahu la kn?lagi satu..pkai contact lens pon xmembatalkan puasa jgk tau..hehe..sumber diambil dr Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh (mufti negeri melaka) and i already comfirmed with my dad also..ade kemusykilan sila kome ok..sbb mcm byk pendapat ttg ubat tu..semoga ilmu ini bermanfaat =)
kepada semua rakan2 yg taun ni berpuasa dgn org baru : seperti suami/isteri , baby baru or semua2 family baru..semoga ramadhan ini lebih bererti..semoga kita berada dalam rahmat-Nya..ameenn =)

salam ramadhan semua..thanks for reading =)

1 comment:

  1. Thanks sebab share info + source. Senang nanti nak check kevalidasian data. Gitu. Amboik semejak bahagia di taman syurga ni jarang update blog ye.

    ReplyDelete