hari ni aku sgt teruja sebab esok puasa~!!alhamdulillah sempat jumpa ramadhan lagi sekali..masuk ni..raya ke-3 bersama my beloved A&E family =) da bape taun xcuti..huhu..tp xpe =) yang penting entri kali ini berkaitan dgn ramadhan kareemm =) setelah lame xupdate,tetbe kali ini ase rajin plak sbb xsabar nk puasa esok ..yeayyy~!!!
saya berdoa semoga puasa kali ini lebih baik dr sebelumnya =) dear gastritis,please stay away from me..sobs3
ok..byk plak aku merepek..sebagai seorang nurse yg beragama islam dan wajib menunaikan solat dan berpuasa,ramai pt dtg hospital..bila nak terima treatment cam ubat,dorg cm takut batal puasa..so,as a nurse sy mestilah berpengetahuan sket sal bab2 ni..so,baru bleh jawab ble pt tanye =) ok.guys..jom tambah ilmu =)
1) Orang yang lelah (asma) ketika puasa dan terpaksa menyedut
ubat gas ventolin inhaler ke dalam mulutnya sekadar perlu untuk
mengelakkan kemudharatan yang boleh mengancam nyawa
maka dibolehkan sebagai keringanan baginya dan tidak batal
puasanya. Penggunaan dalam keadaan biasa bolek membatalkan
puasa kerana cecair gas itu boleh terasa di kerongkongan.
2) Tiadak batal puasa orang yang menderma darah ketika berpuasa
tetapi makruh, begitu juga berbekam.
3) Tidak batal puasa orang yang terpaksa mendapatkan suntikan
daripada doctor bagi tujuan perubatan kerana darurah.
4) Batal puasa orang yang menjalani pemindahan darah atau
memasukkan cecair gelukosa dan sebagainya ke dalam badan
melalui suntikan pada urat kerana ‘ain benda itu akan masuk ke
rongga perut dan mengalir ke seluruh tubuh badan serta
menyebabkan rasa kenyang.
5) Tidak batal puasa orang yang memakai contact lens (kanta
lekap) pada matanya.
6) Tidak batal puasa orang yang menitiskan cecair ubat mata pada
mata ketika puasa kecuali jika diyakini cecair yang dititiskan itu
terasa masuk sampai ke kerongkong dan ditelan, maka batal
puasa. Tetapi jika diludahkan maka tidak membatalkan puasa =)
to be honest : i hate injection! |
ok..sekarang sume nurse2 dan pt2 da tahu la kn?lagi satu..pkai contact lens pon xmembatalkan puasa jgk tau..hehe..sumber diambil dr Datuk Wira Hj. Rashid Redza bin Hj. Md. Saleh (mufti negeri melaka) and i already comfirmed with my dad also..ade kemusykilan sila kome ok..sbb mcm byk pendapat ttg ubat tu..semoga ilmu ini bermanfaat =)
kepada semua rakan2 yg taun ni berpuasa dgn org baru : seperti suami/isteri , baby baru or semua2 family baru..semoga ramadhan ini lebih bererti..semoga kita berada dalam rahmat-Nya..ameenn =)
salam ramadhan semua..thanks for reading =)